Thursday, 22 December 2011

Sinopsis Bicara Hati by Damya Hanna




Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan , Tengku Syahran dan zahlia bertemu . Ketika itu ibu Tengku Syahran ingin menjodohnya dengan Linda . Seorang wanita yang tidak pernah dicintai . Seminggu mengenali Zahlia , Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda .

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu . Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memerangi hati Zahlia . Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat , iaitu hak hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu . Setelah diijab kabul , Tengku Syahran mula berubah . Egonya terlalu tinggi  dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan .

Zahlia rasa tertipu . Tengku Syahran telah mungkir janji . Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya . Benarkah hakikat bahawa perkahwinan berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta , kasih sayang , dan kerinduan ? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia .

No comments:

Post a Comment